!! Hot Pink Zone !! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1156144409656205369\x26blogName\x3d%E2%9C%BF+GaDis+KeLahIrAn+MaC+%E2%9C%BF\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://gadiskelahiranmac.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://gadiskelahiranmac.blogspot.com/\x26vt\x3d9144463907473219681', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
10 fakta kebaikan senyum
Monday 13 February 2012 | 05:01 | 11 Talkie talkie(s)



hye sume .. malam ni mieza na share kebaikan disebalik memberi
senyuman ..senyum y tulus datang dari hati y tulus.
suatu senyum y ikhlas & menceriakan
adalah 1 ibadah.senyum terjadi hanya sekejap tetapi
kenangannye kadang berlangsung selamenye..
SENYUMLAH :r::x:
kerana senyum itu x mahal..hanya perlu
sedetik untuk mengubah bentuk bibir menjadi senyum.



1- senyum membuat korang lebih menarik
:48:Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.


2- seyum dapat menukar perasaan
:48:Jika korang sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3- senyum menular
:48:Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar korang pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.


4- senyum menghilangkan stress
:48:Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika korang stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.


5- senyum dapat meningkatkan imunitas
:48:Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.


6- senyum menurunkan tekanan darah
:48:Tidak percaya? Cuba korang mencatat tekanan darah ketika korang tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat korang tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika korang tersenyum pasti lebih rendah.


7- senyum melepas edorphin,pemati rasa alamiah & serotonin
:48:Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.


8- senyum membuat korang awet muda
:48:Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga korang tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum korang akan kelihatan lebih awet muda.


9- senyum membuat korang kelihatan sukses
:48:Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat korang lebih baik.


10- senyum membuat orang berfikiran positif
:48:Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika korang tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa korang tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

p/s : senyum mencipta kebahagiaan di sekitar kite,senyum adalah ketenangan
bagi kegelisahan,keceriaan bagi y kecil hati & kegembiraan bagi
y sedih


← Older | Newer →
★ Disclaimer ★

Welcome To my Blog
Be nice here n don forget to leave ur comment on taggie board ! Do follow :) Thanks

Posts Owner Links Stuffs


✉ Tagboard ✉

be nice with ur mouth,leave ur coment,Please put the correct url okeyh
Replace with your cbox/fbox code
✿ Credits ✿

Designed by = Mr Purple
Re Edit = Your name**
Photos , Icons = We♥It | Chirlbird
Background = Mr Purple